Dato’ Dr Abd Wahab bin Abd Ghani lwn Mohd Rashid bin Mohd Noor dan lain-lain [2023] MLJU 1441

MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
LATIFAH MOHD TAHAR H
GUAMAN SIVIL NO WA-22NCVC-281-05 TAHUN 2018
1 July 2023

ALASAN PENGHAKIMAN

(LAMPIRAN 1 )RAYUAN

[1]  Perayu/ Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2023 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sebahagian keputusan seperti berikut:-

  • (a)Bahawa jumlah penyelesaian RM200,000.00 dibayar kepada Defendan Pertama ke dalam akaun peguamcara-anakguam Tetuan P.S. Ranjan & Co.
  • (b)Tuntutan Balas Defendan Pertama dibenarkan sebahagian iaitu faedah 5% terhadap jumlah RM200,000.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian; dan
  • (c)Kos dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama sebanyak RM30,000.00, Defendan Kedua sebanyak RM15,000.00 dan Defendan Ketiga sebanyak RM15,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.

[2]  Pihak-pihak akan dipanggil sebagai Plaintif dan Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga seperti di Mahkamah Tinggi dan pihak-pihak dirujuk kepada Guaman Asal No WA-22NCVC-75-02/2016 ( selepas ini disebut “Guaman 75” ) akan dirujuk seumpamanya seperti guaman tersebut.