COUNSEL & SOLICITOR:
Bagi pihak responden – Lim Kian Leong (Cheah Kit Yee bersamanya) ; T/n Lim Kian Leong & Co
MAHKAMAH RAYUAN
Taksiran cukai -adakah Responden gagal untuk membayar cukai yang ditaksirkan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mengira sama ada terdapat atau tidak rayuan terhadap taksiran itu-subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967-Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan membuat dapatan fakta dan membuat Perintah Pemutus yang menyatakan bahawa hasil jualan tanah di Langkawi itu bukan pendapatan yang tertakluk pada Akta Cukai Pendapatan 1967 tetapi pada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, asas bagi pengeluaran Notis Taksiran bertarikh 27/12/2004 itu gagal dan tidak lagi wujud.-Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan ini -menolak rayuan Perayu dengan kos. Perayu telah diperintahkan membayar kos sebanyak RM10 ribu kepada Responden.