Privacy Policy (BM)

Kepada Semua Anak-Anak Guam Terhormat Kami,

DASAR PRIVASI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) baru sahaja mula berkuatkuasa yang memantau pemprosesan data peribadi di dalam transaksi-transaksi komersial. Sejajar dengan PDPA, Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam perjalanan perlantikan kami oleh anda dalam memberikan khidmat-khidmat guaman dan juga hak-hak anda di bawah PDPA.

Kami faham akan betapa pentingnya privasi dan kesensitifan anak-anak guam kami. Oleh itu, kami berdedikasi untuk melindungi privasi anak-anak guam kami dan bersungguh-sungguh untuk memberikan suatu interaksi peguam-anak guam yang selamat dan terlindung.

Dalam perjalanan hubungan perkerjaan kami bersama-sama, kami akan dikehendaki untuk memperoleh dan memproses data peribadi yang diperoleh daripada anda atau punca-punca lain. Ini adalah supaya kami boleh memperoleh suatu pemahaman yang lebih baik berkenaan perniagaan anda dan keperluan-keperluan anda dan ini membolehkan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Kebenaran Anda
Walaupun PDPA secara khusus tampaknya membenarkan pemprosesan dan penzahiran data dalam perkara-perkara undang-undang dan kontraktual, untuk mengelakkan sebarang keraguan, kami memohon anda untuk membenarkan  kami sebagai Peguambela dan Peguamcara anda untuk menggunakan dan memproses apa-apa data yang diberikan oleh anda atau wakil anda kepada firma kami untuk tujuan-tujuan dan dalam perjalanan kami memberikan perkhidmatan guaman kepada anda.

Dengan melantik kami untuk memberikan khidmat-khidmat kepada anda dan dengan mengakses laman web ini, anda bersetuju untuk memperoleh dan memproses data peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah PDPA melainkan dinyatakan secara nyata sebaliknya secara bertulis kepada kami.

Kepada mereka yang mana perlantikan kami telah berakhir, kami akan menganggap bahawa anda membenarkan kami untuk terus menyimpan dan memproses data peribadi dalam milikan kami apabila dan jika kami perlu berbuat demikian untuk tujuan-tujuan seperti mengekalkan sistem pemfailan dan rekod dalaman kami, apa-apa keperluan peraturan-peraturan dan apa-apa tujuan yang lain seperti yang dinyatakan di bawah melainkan jika anda memaklumkan kami secara bertulis sebaliknya.

Notis ini mungkin dipinda dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan supaya menyemak laman web kami atau menghubungi kami sekiranya anda ingin bercakap dengan kami berkenaan ini. Kami gembira untuk akur terhadap permintaan-permintaan ada sejauh mana yang dibenarkan di bawah undang-undang. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau laman web kami, anda di sini mengesahkan dan menandakan penerimaan anda akan pindaan-pindaan atau pengemaskinian yang mungkin dibuat ke atas Notis ini. Dalam keadaan konflik di antara versi Notis Bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan, versi bahasa Inggeris akan digunapakai.

Apakah itu Data Peribadi?
Secara amnya, data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang boleh mengecam anda. Sebagai Peguambela dan Peguamcara anda, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam perjalanan perlantikan kami oleh anda supaya kami dapat menasihati anda dan melindungi kepentingan-kepentingan anda.

Jenis-jenis data yang dikumpul dan diproses oleh kami termasuklah:

  1. nama, warganegara, tarikh lahir, no. kad pengenalan, nombor paspot, jantina, status kediaman, alamat surat-menyurat, alamat rumah, butir-butir perhubungan termasuk telefon bimbit, nombor kediaman dan pejabat dan nombor faks, emel, butir-butir perbankan dan kewangan, maklumat kredit;
  2. maklumat relevan terhadap pekerjaan/perniagaan termasuk nama dan butir-butir majikan/perniagaan;
  3. maklumat berkenaan mana-mana isu-isu undang-undang dan pertikaian kini dan sebelum ini dengan pihak-pihak lain;
  4. maklumat lain yang relevan atau diperlukan untuk perlantikan kami sebagai Peguambela dan Peguamcara anda untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan guaman termasuk pematuhan apa-apa keperluan-keperluan undang-undang atau peraturan-peraturan; dan
  5. apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh anda atau pihak-pihak ketiga berkenaan anda.

Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh anda. Kami akan mengandaikan bahawa maklumat yang diberikan oleh anda adalah tepat, semasa dan lengkap melainkan anda memaklumkan kepada kami sebaliknya.

Bagaimana Kami Memproses Data Peribadi Anda?
Segala maklumat yang diberikan kepada kami hanya digunakan dan dizahirkan menurut kewajipan-kewajipan profesional kami kepada anda sebagai Peguambela dan Peguamcara anda. Ini adalah suatu kewajipan yang akan kami laksanakan walaupun tanpa PDPA.

Data peribadi anda mungkin diproses untuk tujuan-tujuan berikut, tanpa menghadkan:-

  1. untuk tujuan pengesahan identiti;
  2. untuk pengekalan pangkalan data anak guam untuk tujuan-tujuan kewangan dan pengurusan;
  3. untuk berhubung dengan anda dan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
  4. untuk apa-apa tujuan berkenaan atau berkaitan dengan perlantikan undang-undang kami;
  5. untuk pematuhan sebarang keperluan-keperluan undang-undang atau peraturan-peraturan;
  6. untuk mengejutkan anda atau menghantar bahan-bahan yang mungkin penting untuk anda atau perniagaan anda; dan
  7. untuk memasarkan atau menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda.

Penzahiran Data Peribadi Anda
Terdapat keadaan-keadaan yang mana sesetengan data anda akan diproses secara dalaman oleh staf kami dan mungkin dizahirkan oleh kami dalam perjalanan perlantikan kami sebagai Peguambela dan Peguamcara anda.

Data anda mungkin juga diberikan kepada pihak-pihak ketiga di dalam keadaan-keadaan seperti:-

  1. peguam-peguam lain atau perunding yang mungkin dilantik dengan kebenaran anda dalam perjalanan hubungan pekerjaan kami;
  2. di bawah Prosedur Mahkamah yang mana pihak-pihak lain mungkin boleh memaksa anda untuk menzahirkan data kepada mereka untuk tujuan litigasi;
  3. kepada sesiapa untuk tujuan-tujuan pematuhan undang-undang atau peraturan-peraturan;
  4. pemproses data kami seperti bank, institusi-institusi kewangan, perkhidmatan-perkhidmatan stor dan perkhidmatan-perkhidmatan IT;
  5. penasihat-penasihat profesional kami seperti auditor, broker insurans dan penasihat cukai; atau
  6. apa-apa keadaan yang mungkin perlu atau dibenarkan di bawah undang-undang.

Walaupun penzahiran data sebegini adalah di atas pilihan mutlak anda dan tidak boleh dipaksa oleh kami, anda akan sedar bahawa adalah sukar untuk seorang anak guam untuk memberikan arahan-arahan yang betul dan untuk seorang peguam untuk memberikan nasihat yang bernas tanpa penzahiran penuh dan lengkap akan semua data yang relevan.

Adalah suatu aspek penting di dalam hubungan anak guam dan peguam bahawa penzahiran sebegini boleh dilakukan dengan pengetahuan bahawa sebarang maklumat yang diberikan adalah sulit dan terlindung.

Hak untuk Mengakses dan Meminda Data Peribadi
Penzahiran data peribadi oleh anda adalah secara sukarela tetapi sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda tidak memberikan kami dengan maklumat peribadi yang perlu atau cukup, kami mungkin tidak boleh memberikan perkhidmatan-perkhidmatan guaman yang efektif kepada anda. Adalah hak anda untuk mengakses data peribadi anda dan untuk meminda apa-apa kesilapan-kesilapan.

Sekiranya anda ingin melihat apa-apa data peribadi (jika kami mempunyainya) untuk apa-apa tujuan seperti untuk memastikan ketepatannya, kami gembira untuk membenarkan anda untuk berbuat demikian tertakluk kepada PDPA. Sila maklumkan kepada Rakan Kongsi atau Associate yang berurusan dengan anda akan kehendak anda.

Kesimpulan
Kami patut menyatakan, untuk kesempurnaan, bahawa kami tidak menjangka apa-apa perubahan besar di dalam cara kami sentiasa berurusan dengan data anda, dan permohonan kami di atas diputik oleh keperluan untuk mematuhi PDPA.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan bagaimana PDPA melibatkan hubungan kami dengan anda atau sekiranya anda memerlukan apa-apa pertolongan berkenaan penggunapakaian PDPA terhadap anda, sila hubungi Rakan Kongsi atau Associate yang berurusan dengan anda atau saya.

Jika anda tidak pasti sekiranya anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri dan mematuhi PDPA, anda dinasihatkan untuk mengesahkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (www.pdp.gov.my) dengan serta-merta. Jika anda memerlukan apa-apa nasihat atau pertolongan, sila hubungi kami. Kami sedia membantu anda.

Yang ikhlas,

Lim Kian Leong
Senior Partner